5 PRINSIP RUKUN NEGARA
1. Kepercayaan Kepada Tuhan
Rakyat Malaysia menjadikan agama sebagai pegangan utama. Pegangan yang kukuh terhadap agama dapat membentuk peribadi yang penuh nilai murni dan tidak melakukan jenayah atau kejahatan yang lain. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, memperuntukkan bahawa agama Islam ialah agama rasmi Persekutuan tetapi agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman. Prinsip ini dipilih sebagai prinsip pertama kerana ketiadaan agama atau kepercayaan kukuh terhadapnya akan meruntuhkan keperibadian seseorang serta sesuatu bangsa dan negara.
2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara
Berdasarkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Sistem beraja juga di amalkan di setiap negeri dan Yang Dipertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja. Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di pertua Negeri merupakan lambang perpaduan rakyat Setiap warganegara hendaklah menumpukan taat setia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Keluhuran Perlembagaan
Perlembagaan Negara merupakan sumber perundangan negara yang tertinggi dan ia berfungsi untuk melindungi hak dan keistimewaan setiap warganegara. Prinsip ini menekankan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara.
4. Kedaulatan Undang-Undang
Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan dan kedaulatannya perlu diterima serta dipertahankan. Setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman dan stabil. Prinsip ini menuntut kita sama-sama menghormati undang-undang dan berusaha menyokong penguatkuasaannya serta memelihara kedaulatannya.
5. Kesopanan Dan Kesusilaan
Dalam masyarakat yang pelbagai kaum di Malaysia, kesopanan dan kesusilaan adalah penting untuk hubungan antara satu sama lain. Ia dapat memelihara periaku masyarakat dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan