SEJARAH PEMBENTUKAN RUKUN NEGARA

 



   





    Sebelum Malaysia Merdeka, Malaysia pernah dijajah oleh beberapa negara luar seperti Belanda, Jepun, British dan Inggeris. Negara-negara ini telah memberikan kesan yang besar terhadap perkembangan Tanah Melayu dahulu sama ada baik dan buruk. Sebagai contoh, penjanaan kuasa elektrik di Malaysia wayar elektrik ini berada dalam keadaan yang baik iaitu dalam tanah menjadikan lebih kemas dan teratur berbanding di Thailand wayar elektrik tidak disusun secara sistematik menjadi suatu kawasan itu sangat menjolok mata. Selain itu, kesan terhadap bangsa juga berlaku di Malaysia. Hal ini kerana orang-orang Inggeris telah membawa masuk bangsa lain seperti Cina dan India untuk bekerja di dalam tanah air ini. Oleh sedemikian, bangsa-bangsa di Malaysia bertambah dan menjadikan Malaysia lebih unik dari negara lain.
   
     Apabila terjadinya banyak kaum di dalam sesebuah negara ini, pihak Inggeris telah mengasingkan tempat-tempat tinggal dan pekerjaan masyarakat mengikut kaum seperti kaum Melayu tinggal di kampung bekerja sebagai petani, kaum Cina tinggal di bandar melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan kaum India pula tinggal dan bekerja di estet-estet. Di sini juga taraf pendidikan bagi setiap kaum juga tidak sama rata dan berbeza-beza mengikut kaum. Keadaan seperti ini berterusan sehinggalah Malaysia telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

    Setahun sebelum kemerdekaan pada tahun 1956, ada kekacauan telah berlaku di kepulauan Malaysia seperti Pulau Pinang dengan Pulau Pangkor di Bukit Mertajam. Walaubagaimanapun, kekacauan ini berlaku hanya kecil-kecilan sahaja tetapi pemimpin negara tetap mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan negaranya hidup dalam aman dan sejahtera. Usaha dan langkah yang diambil ialah kerajaan telah menubuhkan Majlis Perundangan Negara yang ditubuhkan oleh pengarah MAGERAN dibawah Undang-Undang Darurat pada tahun 29 Januari 1970. Anggotanya terdiri daripada seorang Pengerusi iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato’ Hussein merangkap Pengarah MAGERAN dan tiga lagi orang menteri iaitu Allahyarham Tun Dr Ismail Bin Dato’ Abdul Rahman, mendiang Tun Tan Siew Cin dan mendiang Tun V.T. Sambanthan. Selain itu, ada jugawakil-wakil Kerajaan Negeri dan wakil-wakil daripada tokoh-tokoh agama, badan-badan profesional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, wartawan, persatuan guru-guru dan wakil-wakil kumpulan kecil. Hal ini kerana dapat mengelakan perkara yang sama akan berulang pada masa akan datang.

    Mensyuarat yang pertama diadakan pada 27 Januari 1970 yang dihadiri oleh Pengarah MAGERAN untuk berbincang dengan ahli yang lain supaya di Malaysia tiada lagi kekacauan dan perusuhan antara kaum lain. Maka dengan ini terlahirlah “Rukun Negara” sebagai panduan rakyat Malaysia untuk hidup aman dan makmur walaupun mempunyai pelbagai agama, bangsa dan adat resam.
     
    Rukun negara ini ditubuhkan juga kerana terjadinya pertumpahan darah iaitu peristiwa 13 Mei 1969 di mana rakyat Malaysia menyerang anggota badan uniform dan sesiapa yang menghalang mereka. Hal ini boleh terjadi kerana semangat perpaduan antara kaum dan bangsa tidak kukuh dan tidak erat. Oleh sedemikian, pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-13 rukun negara telah diistiharkan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin dan Yang di-Pertuan Agong IV.

    Akhirulkalam, setiap warganeraga Malaysia hendaklah menjadikan “Rukun Negara” sebagai teras dan landasan hidup bermasyarakatan di negara ini. Semua kaum mempunyai hak asasi sebagaimana yang telah ditetapkan. Oleh itu, kita perlu menjalankan tanggungjawab kita sebagai rakyat yang bertamadun untuk menjadikan negara tercinta kita lebih aman, harmori dan sejahtera. Bak kata orang dahulu “bulat air kerana pembentuk, bulat manusia kerana maufakatnya”.




Tiada ulasan:

" RUKUN NEGARA PENYATU BANGSA "

  5 PRINSIP RUKUN NEGARA 1. Kepercayaan Kepada Tuhan Rakyat Malaysia menjadikan agama sebagai pegangan utama. Pegangan yang kukuh terhadap a...