Rukun negara dicipta untuk memberi kefahaman kepada masyarakat secara terbuka supaya masyarakat dapat mengeratkan hubungan kemasyarakatan yang lebih baik dengan tidak mengikut perbezaan agama, bangsa dan kebudayaan. Hal ini akan menjadikan Malaysia dalam keadaan harmoni dan sejahtera. Dengan wujunya rukun negara ini, ia dapat mengurangkan berlakunya salah faham antara kaum kerana setiap kaum sudah diberi hak kebebasan tersendiri seperti memilih kepercayaan masing - masing. Rukun negara sangat penting untuk negara kita supaya masyarakat menjaga hubungan sesama bangsa untuk mencapai perpaduan masyarakat yang utuh dan kukuh.
2. Membina masyarakat yang adil dan saksama.
Semua masyarakat mempunyai kemahuan dan kehendak yang tersendiri untuk menjalani hidup yang diingini. Walau bagaimanapun, masyarakat juga perlu mematuhi undang-undang yang telah diadakan dan bertolak ansur. Hal ini terbukti di Malaysia rakyat bebas untuk memilih hala tuju dan menikmati hidup dengan cara tersendiri. Selain itu, Malaysia juga menyediakan tempat pengadilan untuk rakyat agar dapat hak keadilan yang muktamad supaya dapat mengelakkan kegaduhan antara satu sama yang lain. Misalnya, mahkamah telahnditubuhkan bagi memastikan rakyat sentiasa mendapat keadilan yang sebaiknya. Hal ini juga dapat mengelakkan penindasan kepada rakyat tidak kira dari segi kekayaan atau perkaumam.
3. Membentuk sebuah masyarakat yang liberal.
Masyarakat negara ini bebas mengamalkan adat resam yang diamal oleh nenek moyang dalam upacara keagamaan, perayaan dan perkebumian. Sesungguhnya, negara kita memang kaya dengan kebudayaan kerana kita mempunyai 80 kaum etnik di Malaysia. Hal ini menunjukkan kepelbagaian cara hidup di dalam negara kita. Walaupun sedemikian, kita tetap hidup dalam aman dan harmoni. Dengan adanya perbezaan kaum di Malaysia menunjukkan Malaysia lebih menarik dan unik. Namun perkara ini tidak menghalang rakyat Malaysia untuk hidup berpuak-puak. Perkara ini juga dapat menarik minat orang luar untuk datang ke Malaysia. Oleh itu, banyak pelancong asing yang kagum dengan suasana di Malaysia dari segi kaum, pakaian dan makanan.
4. Memelihara kedaulatan sesebuah negara yang demokratik.
Perkara tiga di dalam rukun negara telah memaparkan “Keluhuran Perlembagaan” yang menunjukkan negara perlu ditadbir mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan. Ahli- ahli politik dan rakyat yang tinggal di negara ini perlu mematuhi perlembagaan tersebut supaya kedaulatan negara kita akan sentiasa terjaga. Dengan berpegangan sebuah negara yang demokrasi, rakyat bebas membuat pilihan untuk mencari ketua untuk mentadbir negara melalui undian rakyat. Ketua tersebut perlu bertanggungjawab melaksanakan tugas menjaga hak kepentingan kaum, kestabilan negara dan keselamatan negara daripada orang tidak sepatutnya.
5. Mencipta masyarakat yang progresif di Malaysia.
Kita perlu mendokong cita-cita masyarakat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju dan setanding dengan negara maju yang lain. Pada era global ini, teknologi sangat penting untuk memudahkan aktiviti harian sekaligus menunjukkan kemajuan sesebuah negara. Oleh itu, untuk menjadikan Malaysia maju perlulah mempunyai teknologi yang tinggi dalam sistem perubatan, pendidikan dan juga pentadbiran. Di sekolah perlu menitikberatkan tentang ilmu bidang sains, matematik, teknologi dan reka bentuk. Hal ini akan terbukti jika generasi Malaysia mahir dan berpengetahuan yang meluas dalam bidang tersebut. Hal ini sedemikian dengan adanya teknologi tinggi dan kemajuan negara akhirnya akan menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju sebagaimana pelaksanaan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
LIMA PRINSIP RUKUN NEGARA
1. KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
2. KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
3. KELUHURAN PERLEMBAGAAN
4. KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
5. KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan