PERANAN MENYATUKAN MASYARAKAT


    



1. Kepercayaan kepada tuhan 

a) Prinsip yang pertama ini menceritakan di mana semua rakyat Malaysia harus mengakui bahawa Tuhan melebihi sebarang kuasa lain. Islam yang dipilih sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia telah menjadi rujukan dan panduan keseluruhan umat manusia.

b) Secara umumnya, seseorang yang patuh dan taat kepada ajaran agamanya mempunyai budi pekerti yang mulia serta sifat-sifat yang terpuji. Keteguhan imannya dan bersikap tolong menolong kepada orang yang susah tanpa mengira kaum

c) Berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Berkuasa rakyat Malaysia mempunyai sikap rendah diri dan sentiasa bersyukur dan menghargai nikmat yang diberikan oleh Tuhan.

2. Kesetian kepada negara dan raja

a) Prinsip kedua yang menekankan aspek meletakkan Yang diPertuan Agong adalah lambang perpaduan negara kita.

b) Dalam konteks perhubungan rakyat dan Raja, rakyat harus mencurahkan taat setianya kepada Raja manakala Raja atau pemerintah harus menyediakan perlindungan kepada negara dan seluruh rakyat jelata. 

c) Hubungan timbal balas ini meletakkan asas kesetiaan tidak berbelah bahagi dalam kalangan rakyat lantas membentuk semangat kebangsaan yang boleh menyatupadukan rakyat semua. 

d) Sebagai contoh, jika seseorang rakyat Malaysia yang berada di luar negara menghadapi kesusahan, maka kedutaan negara kita sebagai wakil Yang diPertuan Agong bertanggungjawab untuk membantunya.

e) Sikap rendah diri dan memahami akan kepentingan orang lain dapat membentuk perpaduan dalam kalangan masyarakat kita.

3. Keluruhan Perlembagaan 

a) Prinsip ini mengkehendaki setiap rakyat menghormati dan mematuhi perlembagaan.

b) Setiap warganegara Malaysia seharusnya patuh akan perlembagaan supaya negara menjadi aman dan damai. Dalam konteks ini, tiada individu yang terkecuali daripada mematuhi perlembagaan.

c) Perlembagaan bertanggungjawab menjaga hak rakyat serta menjamin kemakmuran dan perpaduan negara.

d) Sebagai contoh, seseorang tidak boleh mempersoalkan kesetiaan seseorang rakyat lain berdasarkan keturunan atau kaum. Pada hakikatnya, perlembagaan menentukan bentuk pentadbiran serta melindungi hak asasi manusia secara keseluruhannya.

4. Kedaulatan Undang-Undang 

a) Prinsip ini bertujuan menjamin keadilan dalam negara Malaysia

b) Dengan kata lain, semua rakyat adalah sama di sisi undang-undang. Sesiapa yang melanggar undang-undang negara akan dihukum tanpa mengira bangsa dan kaumnya.

c) Di Malaysia, undang-undang yang sedia ada memang cukup baik dan relevan dalam membendung masalah seperti jenayah, penipuan, penindasan dan sebagainya.

d) Keadaan ini dapat dibuktikan di mana kes-kes jenayah berada pada indeks rendah berbanding dengan negara-negara lain di rantau ini.

5. Kesopanan dan kesusilaan

a) Prinsip kelima bermakna bahawa rakyat Malaysia harus bertolak ansur, bertimbang rasa dan berkelakuan baik.

b) Pengamalan prinsip ini boleh membawa kepada perhubungan yang harmoni dalam masyarakat kita. Rakyat yang bersopan santun dan bertatasusila dapat membentuk masyarakat yang bersatu-padu.

c) Prinsip ini sangat penting untuk mewujudkan masyarakat yang menghormati dan menghargai kepentingan kaum lain. Sesuai dengan Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk, rakyat harus menghormati dan saling memahami adat resam dan nilai hidup kaum lain dan tidak menyinggung perasaan orang lain.

Kepentingan Rukun Negara

♡ Penggubalan Rukun Negara pada tahun 1970 adalah bersandarkan kepada keperluan menimbulkan semangat dan identiti yang sama bagi semua rakyat Malaysia.

♡ Disifatkan sebagai ideologi kebangsaan dan mampu mengeratkan perpaduan kaum memandangkan masyarakat akan mempunyai fikiran, perasaan dan nilai-nilai yang sama. 

♡ Secara umumnya, kelima-lima prinsip ini bertujuan mewujudkan sebuah negara Malaysia yang bersatu padu serta sebuah masyarakat Malaysia yang adil, demokratik, liberal dan progresif.


Tiada ulasan:

" RUKUN NEGARA PENYATU BANGSA "

  5 PRINSIP RUKUN NEGARA 1. Kepercayaan Kepada Tuhan Rakyat Malaysia menjadikan agama sebagai pegangan utama. Pegangan yang kukuh terhadap a...