PENGENALAN

    Kerukunan hidup bermasyarakat ialah permuafakatan dan perpaduan yang melambangkan kewujudan “kesatuan hati”. Perpecahan dan persengketaan pula menyebabkan anggota masyarakat itu akan sentiasa bergelut dengan tarikan yang berbeza arah. Ini bermakna konflik yang tidak berkesudahan akan menghantui kehidupan masyarakat. Justeru bagi membentuk sebuah negara yang padu mesti ada etika dan falsafah kenegaraan yang dapat membina kecintaan patriotisme, kesetiaan, permuafakatan dan perpaduan rakyatnya.

     Rukun negara merupakan ideologi kebangsaan Malaysia yang diperkenalkan secara rasmi pada 31 Ogos 1970. Rukun Negara bertujuan untuk membentuk keperibadian rakyat negara ini sebagai bangsa Malaysia yang bersatu padu. Terdapat lima prinsip ideologi yang menjadi tonggak perpaduan antara rakyat untuk mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat iaitu memelihara cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat yang adil supaya kemakmuran negara dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, dan membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi moden. Ini menunjukkan bahawa, dapat wujudnya masyarakat yang harmoni dan sejahtera selama-lamanya. Namun pada masa ini, prinsip rukun negara makin terpinggir dan dilupakan oleh masyarakat kita terutamanya dalam kalangan generasi muda. Oleh itu, kepentingan penghayatan Rukun Negara dan pelbagai langkah yang efektif untuk memupuk kesedaran rakyat Malaysia dalam menghayati prinsip-prinsip rukun negara akan dibincangkan.

     Di samping itu, kepentingan penghayati rukun negara ialah dapat melahirkan rakyat yang taat kepada agama, patuh pada undang-undang dan peraturan negara yang telah ditetapkan. Salah satu prinsip rukun negara iaitu kepercayaan kepada Tuhan dan kedaulatan undang-undang. Hal ini demikian, semua agama telah mengajak manusia melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Rakyat yang mendekatkan dirinya dengan Tuhan, maka dia dapat menghindarkan diri daripada gejala yang tidak berfaedah seperti melibatkan diri dalam ajaran sesat, rasuah, pecah amanah dan sebagainya. Individu yang patuh pada agama dan undang-undang tidak akan melanggar undang-undang yang telah ditetapkan untuk kebaikan dalam semua perkara seperti melanggar peraturan jalan raya dan merampas hak orang lain. Oleh hal bahawa, penghayatan rukun negara dapat melahirkan rakyat yang taat kepada agama dan patuh undang-undang dalam negara supaya dapat melahirkan generasi yang berakal untuk mereka hidup .

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Penerangan sngt bagus

" RUKUN NEGARA PENYATU BANGSA "

  5 PRINSIP RUKUN NEGARA 1. Kepercayaan Kepada Tuhan Rakyat Malaysia menjadikan agama sebagai pegangan utama. Pegangan yang kukuh terhadap a...